anda ada ketulan lipoma?
Lipoma ialah benjolan lembut yang terbentuk daripada tisu lemak di bawah kulit. Ia biasanya tidak berbahaya dan membesar secara perlahan. Namun, apabila saiz semakin besar atau mengganggu pergerakan dan penampilan, ramai pesakit memilih untuk mendapatkan rawatan.
Jika anda mencari rawatan buang lipoma di Kuala Terengganu, Klinik Iman menyediakan pemeriksaan dan prosedur minor yang dilakukan oleh doktor berpengalaman.
APA ITU LIPOMA?

Lipoma ialah ketumbuhan lemak yang:
- Terletak di bawah lapisan kulit
- Berasa lembut bila ditekan
- Boleh digerakkan sedikit dengan jari
- Membesar secara perlahan
Ia boleh muncul di bahagian:
- Belakang badan
- Bahu
- Lengan
- Paha
- Leher
Walaupun kebanyakan lipoma tidak sakit, ada kes yang menyebabkan ketidakselesaan jika saiznya besar atau berada di kawasan tertentu.
BILA PERLU BUANG LIPOMA?
Rawatan biasanya dipertimbangkan jika:
- Saiz semakin membesar
- Rasa tidak selesa atau sakit
- Ganggu pergerakan
- Mengganggu penampilan
- Tidak pasti sama ada ia lipoma atau ketumbuhan lain
Pemeriksaan doktor penting untuk memastikan diagnosis yang tepat sebelum sebarang prosedur dilakukan.
RAWATAN BUANG LIPOMA DI KLINIK IMAN KUALA TERENGGANU
Di Klinik Iman, rawatan dilakukan melalui prosedur minor selepas pemeriksaan menyeluruh oleh doktor.
Kelebihan mendapatkan rawatan di sini:
✔ Doktor mahir dan berpengalaman dalam prosedur minor
✔ Telah mengendalikan pelbagai kes lipoma
✔ Teknik teliti untuk membantu luka sembuh dengan baik
✔ Fokus kepada hasil yang kemas dan minimal parut
✔ Tidak perlu masuk hospital
✔ Boleh pulang pada hari yang sama
Setiap pesakit akan diberikan penerangan lengkap mengenai prosedur dan penjagaan selepas rawatan.
APA RISIKO JIKA DIBIARKAN?

Walaupun lipoma biasanya tidak berbahaya, ia boleh:
- Membesar dari masa ke masa
- Menjadi tidak selesa
- Mengganggu keyakinan diri
Jika terdapat perubahan pada saiz, bentuk atau rasa sakit, pemeriksaan awal sangat digalakkan.

KENAPA PILIH KLINIK IMAN?
Sebagai klinik komuniti di Kuala Terengganu, kami mengutamakan keselamatan dan keselesaan pesakit.
✅ Doktor berpengalaman dalam prosedur buang lipoma
✅ Ramai pesakit telah mendapatkan rawatan di sini
✅ Teknik jahitan kemas dengan perhatian kepada parut minimal
✅ Doktor wanita tersedia untuk pesakit perempuan yang kurang selesa
✅ Suasana klinik yang tenang dan mesra pesakit
Kami percaya setiap pesakit berhak mendapat penerangan yang jelas sebelum membuat keputusan rawatan.
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Sakit ke buang lipoma?
Doktor akan terangkan langkah rawatan dan aspek keselesaan sebelum prosedur dilakukan.
2. Perlu warded ke?
Kebanyakan kes tidak memerlukan kemasukan ke hospital.
3. Berapa lama prosedur ambil masa?
Tempoh bergantung kepada saiz dan lokasi lipoma.
4. Ada parut ke?
Setiap individu berbeza. Doktor akan jelaskan penjagaan luka untuk membantu penyembuhan yang baik. Tetapi di Klinik Iman kami ada teknik jahitan yang minimal parut


