Cengkam kuku atau kuku masuk isi adalah masalah biasa yang boleh menyebabkan sakit, bengkak dan jangkitan jika tidak dirawat dengan betul. Ramai pesakit datang ke klinik selepas keadaan menjadi semakin teruk dan bernanah.
Jika anda mencari rawatan cengkam kuku di Kuala Terengganu, Klinik Iman Chabang Tiga menyediakan pemeriksaan dan prosedur rawatan oleh doktor berpengalaman dalam suasana yang selesa.
APA ITU CENGKAM KUKU?
Cengkam kuku berlaku apabila hujung kuku tumbuh masuk ke dalam kulit di sekelilingnya. Ia paling kerap berlaku pada ibu jari kaki.
Punca biasa termasuk:
- Potong kuku terlalu pendek atau bentuk melengkung
- Pakai kasut terlalu sempit
- Kuku tebal atau tidak rata
- Kecederaan pada kuku
Jika tidak dirawat awal, ia boleh menyebabkan jangkitan.
TANDA-TANDA CENGKAM KUKU
Antara simptom yang biasa dialami:
- Sakit bila berjalan atau tekan
- Bengkak di tepi kuku
- Kemerahan
- Keluar nanah dalam kes yang lebih serius
Bagi pesakit kencing manis, rawatan awal sangat penting kerana risiko jangkitan lebih tinggi.
RAWATAN CENGKAM KUKU DI KLINIK IMAN KUALA TERENGGANU
Di Klinik Iman, doktor akan melakukan pemeriksaan terlebih dahulu untuk menilai tahap keadaan kuku.
Rawatan mungkin melibatkan prosedur minor bergantung kepada tahap masalah.
Kelebihan rawatan di Klinik Iman:
✔ Doktor mahir dan berpengalaman dalam prosedur kuku cengkam
✔ Mengendalikan pelbagai kes termasuk kes berulang
✔ Teknik teliti untuk bantu kurangkan risiko berulang
✔ Prosedur dilakukan dalam keadaan terkawal dan selesa
✔ Tidak perlu masuk hospital
Pesakit akan diberikan penerangan lengkap termasuk penjagaan luka selepas rawatan.
APA RISIKO JIKA DIBIARKAN?
Jika dibiarkan tanpa rawatan:
- Jangkitan boleh menjadi lebih serius
- Sakit bertambah teruk
- Kuku boleh cengkam berulang
- Risiko komplikasi bagi pesakit diabetes
Sebab itu pemeriksaan awal sangat digalakkan sebelum keadaan menjadi lebih teruk.
KENAPA PILIH KLINIK IMAN?
Sebagai klinik komuniti di Kuala Terengganu, kami memberi fokus kepada rawatan yang selamat dan selesa.
✅ Doktor berpengalaman mengendalikan kes cengkam kuku
✅ Ramai pesakit telah mendapatkan rawatan di sini
✅ Teknik rawatan yang kemas dan teliti
✅ Doktor wanita tersedia untuk pesakit perempuan yang kurang selesa
✅ Penerangan jelas sebelum dan selepas prosedur
Kami utamakan keselesaan pesakit dan penjagaan yang menyeluruh.
SOALAN LAZIM (FAQ)
1. Sakit ke rawatan cengkam kuku?
Doktor akan terangkan proses rawatan dan langkah keselesaan sebelum prosedur dilakukan.
2. Perlu cuti lama?
Bergantung kepada tahap keadaan. Kebanyakan pesakit boleh kembali kepada aktiviti harian dengan penjagaan yang betul.
3. Boleh berulang tak?
Jika tidak dijaga dengan baik, ia boleh berulang. Doktor akan berikan nasihat untuk kurangkan risiko.
4. Pesakit kencing manis boleh buat rawatan?
Boleh, tetapi perlu pemeriksaan doktor terlebih dahulu kerana risiko jangkitan lebih tinggi.


