Perkhidmatan
Pusat utama bagi pembedahan kecil dan rawatan estetik di Kuala Terengganu.
Perkhidmatan Kesihatan Terbaik
Rawatan Pembedahan Kecil dan Rawatan Am

Pembuangan Kolesterol
Klinik Iman menawarkan perkhidmatan pembuangan biji kolesterol dengan teknik terkini yang memastikan hasil yang memuaskan. Kami menjamin proses yang selesa dan efektif, meminimumkan risiko kesan parut untuk menyemarakkan keyakinan diri anda.

Cyst & Lipoma
Kami menyediakan rawatan untuk cyst dan lipoma dengan prosedur yang cepat dan tidak menyakitkan. Pengalaman doktor kami memastikan bahawa setiap benjolan dikeluarkan sepenuhnya, menjamin kesembuhan dengan hasil kosmetik yang cantik dan memuaskan.

Cengkam Kuku
Klinik Iman menawarkan penyelesaian untuk masalah cengkam kuku melalui prosedur Nail Avulsion yang efisien. Kami memberi perhatian penuh kepada keselesaan pesakit, membolehkan anda kembali melakukan aktiviti harian tanpa rasa sakit selepas rawatan.

Rawatan AM
Kami juga menyediakan rawatan am untuk membantu sakit seperti demam, batuk, sakit tekak, sedut kahak dan sebagainya. Dengan pendekatan yang profesional, kami pastikan bahawa setiap pesakit memperoleh layanan yang terbaik dan selesa
